Kongsi Gambar

Bismillah.
Mari tukarkan kebiasaan yang membekukan.

Saya cadangkan kita isi blog ini dengan segala yang berkaitan dengan keluarga kita, family jamilah. Seperti, aktiviti, gambar, galeri, link-link dan berita.

Lagipun masing-masing dah ada web/blog/laman peribadi dan macam-macam link, yang tersimpan pelbagai benda.

Saya kongsikan di sini beberapa link yang menyimpan gambar-gambar saya, ada beratus-ratus gambar yang saya simpan di internet. Boleh tengok dan beri komen. Tapi kalau ada gambar yang sempoi-sempoi tu maaf-maaflah ya. Tak sempat edit.

http://picasaweb.google.com/mohd.zaki.m.noor

http://picasaweb.google.com/sibawaihin.akhar

http://picasaweb.google.com/zmn0383

http://picasaweb.google.com/manhumi.ilm

Family tree

Assalamualaikum..

Salam semua, nampaknya cadangan untuk mengumpul database masih belum menampakkan hasil, walaupun cadangan itu sangat2 la baik. saya amat menyokongnya.

sementelahan, saya baru discovered satu website/blog dan juga satu software untuk create family tree, saya cadangkan kita pindah ke web tersebut. Buat masa ni, saya sedang membina family tree tersebut, ia lebih praktikal untuk kita menyusur sejarah ahli keluarga.

Saya akan invite semua ahli keluarga ke website tersebut, jadi minta sendkan email ke blog kami atau email saya.

sekian, wassalam.

Pengumpulan Database

Assalamualaikum,

Pengumpulan database adalah sangat penting.

Seperti yang telah dinyatakan oleh abang Zaki pada kiriman sebelum ini, tujuan utamanya adalah untuk memastikan proses taaruf (berkenalan) dapat berjalan dengan lancar. Agar dapat kita memastkan setiap ahli dalam keluarga kita ini masih lagi dalam ikatan dan jaringan antara satu sama lain.

Oleh itu, amatlah diharap bahawa semua ahli sekalian dapat melengkapkan borang database di sebelah untuk membantu kami dalam mengumpulkan database.

Langkah (awal) pengumpulan database ini diharap dapat membantu kita semua menguatkan lagi ikatan untuk jangka masa yang panjang.

Sekian, wassalam


Database Family Jamilah

Bismillah. Menghimpunkan database keluarga adalah sangat penting. Maklumat paling penting tentulah nama, alamat, tempat tinggal, tarikh lahir, status, dan nombor telefon. Maklumat idofiah (sampingan) seperti nombor kad pengenalan, no surat beranak, no pasport, pekerjaan, kelulusan pelajaran, album gambar, peristiwa dan sejarah, aktiviti, e-mel, web dan lain-lain yang difikirkan perlu juga boleh ditempelkan bersama. Maklumat yang penting juga adalah gambar, demi memastikan taarruf berjalan dengan lancar.

Selaras dengan itu, minta semua dapat memasukkan satu entri berkenaan database keluarga masing-masing. Paling kurang maklumat paling asas yang disebutkan di atas tadi. Ya, dalam ejaan yang betul. Demi memastikan database semakin lengkap, boleh mulakan posting dari masa ke semasa, dan letakkan label.

Terima kasih.

Gambar Beramai-ramai


CERIA: keluarga Bonda Hajah Jamilah bergambar beramai-ramai di padang Kem Rebutia Gombak selepas acara sukaneka yang dilangsungkan dengan penuh keceriaan. Gambar dari: Najib (0132968701)

Sayangilah ibu kandungmu sementara masih ada

Kata-kata dari seorang kawan dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah ini boleh menjadi tazkirah buat kita semua.

ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola,
cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kaca cermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja,
kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen & main games.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat atau pun pesanan sms pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

ketika menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh..."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"itu dulu, sekarang zaman moden..."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

jika ibu masih ada, sayangi dia.
jika telah kembali ke rahmatullah, ingatlah kasih dan sayangnya, doakan ibu

sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

Sumber: http://jiwakitamerdeka.blogspot.com/

Selamat Hari Lahir !!!

Pada hari ini, 'Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran' diucapkan buat Pak Cik Hambali dan Kak Intan Faizah.

Pada tanggal 2 Mei 1985 yang bersamaan 1 Syaaban, Kak Intan Faizah telah dilahirkan pada pagi Rabu, sekitar jam 9.15 pagi di Hospital Kluang.

Kita doakan supaya hayat mereka akan sentiasa dilimpahi keberkatan dan dicucuri rahmat selalu. Semoga selalu di bawah payung kasih Allah hendaknya.

Al-Fatihah...