Kongsi Gambar

Bismillah.
Mari tukarkan kebiasaan yang membekukan.

Saya cadangkan kita isi blog ini dengan segala yang berkaitan dengan keluarga kita, family jamilah. Seperti, aktiviti, gambar, galeri, link-link dan berita.

Lagipun masing-masing dah ada web/blog/laman peribadi dan macam-macam link, yang tersimpan pelbagai benda.

Saya kongsikan di sini beberapa link yang menyimpan gambar-gambar saya, ada beratus-ratus gambar yang saya simpan di internet. Boleh tengok dan beri komen. Tapi kalau ada gambar yang sempoi-sempoi tu maaf-maaflah ya. Tak sempat edit.

http://picasaweb.google.com/mohd.zaki.m.noor

http://picasaweb.google.com/sibawaihin.akhar

http://picasaweb.google.com/zmn0383

http://picasaweb.google.com/manhumi.ilm

Family tree

Assalamualaikum..

Salam semua, nampaknya cadangan untuk mengumpul database masih belum menampakkan hasil, walaupun cadangan itu sangat2 la baik. saya amat menyokongnya.

sementelahan, saya baru discovered satu website/blog dan juga satu software untuk create family tree, saya cadangkan kita pindah ke web tersebut. Buat masa ni, saya sedang membina family tree tersebut, ia lebih praktikal untuk kita menyusur sejarah ahli keluarga.

Saya akan invite semua ahli keluarga ke website tersebut, jadi minta sendkan email ke blog kami atau email saya.

sekian, wassalam.

Pengumpulan Database

Assalamualaikum,

Pengumpulan database adalah sangat penting.

Seperti yang telah dinyatakan oleh abang Zaki pada kiriman sebelum ini, tujuan utamanya adalah untuk memastikan proses taaruf (berkenalan) dapat berjalan dengan lancar. Agar dapat kita memastkan setiap ahli dalam keluarga kita ini masih lagi dalam ikatan dan jaringan antara satu sama lain.

Oleh itu, amatlah diharap bahawa semua ahli sekalian dapat melengkapkan borang database di sebelah untuk membantu kami dalam mengumpulkan database.

Langkah (awal) pengumpulan database ini diharap dapat membantu kita semua menguatkan lagi ikatan untuk jangka masa yang panjang.

Sekian, wassalam