Pada hari ini, 'Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran' diucapkan buat Pak Cik Hambali dan Kak Intan Faizah.
Pada tanggal 2 Mei 1985 yang bersamaan 1 Syaaban, Kak Intan Faizah telah dilahirkan pada pagi Rabu, sekitar jam 9.15 pagi di Hospital Kluang.
Kita doakan supaya hayat mereka akan sentiasa dilimpahi keberkatan dan dicucuri rahmat selalu. Semoga selalu di bawah payung kasih Allah hendaknya.
Al-Fatihah...
Selamat Hari Lahir !!!
Ucapan Takziah
Takziah diucapkan buat Pak Cik Jamil sekeluarga atas sakit yang dialami oleh Nadia. Nadia yang juga bakal menduduki SPM pada tahun ini dikhabarkan mengalami sakit pada paru-parunya.
Marilah kita berdoa agar kesihatannya akan kembali pulih. Amin...
Al-Fatihah..
Pendahuluan
Alhamdulillah, dengan daya-Nya dapat juga saya membuat blog family ini.
Tujuan utama pembinaan blog ini adalah tidak lain untuk menjana silaturahim antara ahli-ahli usrah. Tidak kira dimana kita semua berada, dengan kehadiran blog ini, diharap akan menjadi pemangkin kepada mengeratkan lagi hubungan sesama kita di samping dapat saling mengenali dengan lebih dalam lagi.
Pembikinannya adalah satu visi jangka masa panjang, memandangkan medium internet ini semakin diguna pakai secara meluas terutamanya oleh golongan muda belia. Agar masa depan kita bersama dapat kita lalui bersama sebagai satu famili yang saling mengambil berat dan prihatin pada keadaan setiap yang lain.
Wallahu A'lam.
p/s: sila berikan alamat email(kalau boleh gmail) anda kepada saya.