Pendahuluan

Alhamdulillah, dengan daya-Nya dapat juga saya membuat blog family ini.

Tujuan utama pembinaan blog ini adalah tidak lain untuk menjana silaturahim antara ahli-ahli usrah. Tidak kira dimana kita semua berada, dengan kehadiran blog ini, diharap akan menjadi pemangkin kepada mengeratkan lagi hubungan sesama kita di samping dapat saling mengenali dengan lebih dalam lagi.

Pembikinannya adalah satu visi jangka masa panjang, memandangkan medium internet ini semakin diguna pakai secara meluas terutamanya oleh golongan muda belia. Agar masa depan kita bersama dapat kita lalui bersama sebagai satu famili yang saling mengambil berat dan prihatin pada keadaan setiap yang lain.

Wallahu A'lam.

p/s: sila berikan alamat email(kalau boleh gmail) anda kepada saya.

0 Responses to "Pendahuluan"